Bandar Seribu Sungai

Banjar masin memang terkenal dengan joolokan sebagai Kota Seribu Sungai. Sesuai dengan aktiviti masyarakat Banjar yang menggunakan jalan ssungai sebagai pengangkutan utama.
Tempat-tempat yang menarik juga banyak terdapat disini walaupon kota ini tidak sepopular kota-kota Indonesia yang lain seperti Kota Jakarta, Bali, Jogja atau Bandung.

Banjarmasin mempunyai tarikan tersendiri. Sejarah kota dan pahlawan-pahlawan kota Banjar suatu ketika dahulu tak pernah padam dari lipatan sejarah. Ramai pejuang-pejuang yang menentang Belanda ketika dahulu yang menjadi buruan askar Belanda sempat melarikan diri ke Tanah Melayu dan seterusnya menetap di Tanah Melayu hingga ke hari ini. Boleh dikatakan bahawa masyarkat keturunan Banjar yang ada di Malaysia atau Singapore merupakan pejuang-pejuang Banjar ketika dahulu yang gagah berani menentang Belanda.

Kota Banjarmasin tidak segah kota Jakarta tapi, masyarakat disini sangat mesra. Anda pasti tertarik pemandangan kiri kanan tebing Sungai Mantapura semasa mudik ke Pasar Terapung tradisional. Pemandangan sepanjang sungai adalah deretan rumah-rumah penduduk Banjarmasin yang dibina ditebing-tebing sungai. Boleh lihat sendiri aktiviti masyarakat disini pada waktu pagi sibuk dengan urusan masing-masing.

Leave a Reply