Maklumat Pakej Umrah Ajwa Travel


Pengenalan

Fokus utama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd ialah untuk memberi keselesaan beribadah bagi jemaahnya di Tanah Suci. Keselesaan beribadah boleh diperolehi apabila jarak Hotel Penginapan di Makkah dan Madinah dekat dengan Masjid. Ini kerana jarak yang dekat memudahkan jemaah untuk berulang-alik ke Masjid tanpa merasa penat dan letih.

Untuk makluman di Makkah, hotel yang dekat dengan Masjidil Haram ialah bertaraf hotel 5 bintang. Maka kepada yang mementingkan keselesaan beribadah di Tanah Suci, Pakej Umrah Idaman 1 & 2 ialah jawapannya.

 

PAKEJ IDAMAN 1

Kami percaya bahawasanya jemaah amat suka memilih Penerbangan Terus Masuk Madinah atau penerbangan balik melalui Madinah dan masuk Makkah dahulu dari Jeddah.  

Picture12

Maka untuk musim baru Umrah 1438H ini, Ajwa Travel cenderung untuk memilih Penerbangan MAS Charter dan/atau Penerbangan Saudi Airlines yang menawarkan destinasi penerbangan seperti sektor di atas.

Picture1

Pakej Umrah Idaman 1 menggunakan penerbangan Saudi Airlines dan/atau penerbangan Malaysia Airlines (Chartered Filght) Airbus A380. Penerbangan ini merupakan penerbangan terus dari KLIA ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) & Madinah ke KLIA atau KLIA ke Madinah & Jeddah ke KLIA

Hotel 5 bintang di Makkah

Hotel pilihan ialah Hotel Safwah Orchid @ setaraf dengannya. Hotel Safwah Orchid terletak paling hadapan (mengadap Masjidil Haram) dalam bangunan Safwah Tower yang di dalamnya turut ada Hotel Dar Eiman dan Hotel Ghufran di sebelah belakangnya.

Picture2

Jemaah akan mudah untuk ke Masjidil Haram kerana lokasinya yang paling hampir sekali (seperti gambar di atas). Jemaah boleh berulang-alik ke Masjidil Haram untuk Solat Fardhu berjemaah tanpa merasa penat dan letih.

Satu kelebihan menginap di bangunan Safwah Tower ini ialah jemaah mudah untuk membeli-belah kerana dalam bangunan Safwah Tower tersedia pelbagai kedai menjual barangan untuk jemaah. Di samping itu, di dalam bangunan ini juga ada “Money Changer” dan juga Hospital.

Bilik Penginapan Yang Selesa

Bilik penginapan di Safwah Orchid amat selesa sekali. Jemaah boleh memilih untuk tinggal sebilik berdua atau sebilik bertiga atau sebilik berempat.

Di Safwah Orchid ada jenis bilik “Kaabah View”, “Haram View”, “City View” dan “Non View”. Bilik jenis “non view” yang paling murah di antara yang lainnya. Kelazimannya bilik untuk jemaah jenis “city view” atau “non view”. Jika mahu “Kaabah view” atau “Haram View” ada sedikit kos tambahan dikenakan.

Bilik Safwah

Bilik di Hotel Safwah Orchid, Makkah

Makanan di Makkah

Jemaah akan bersarapan pagi di Dewan Makan Hotel Safwah Orchid. Sarapan pagi biasanya bermula dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 pagi.

Tempat Makan Safwah

Ruang Makan di Hotel Safwah Orchid, Makkah

Manakala untuk makan tengahari dan makan malam, jemaah boleh mendapatkannya di Restoran d’saji Felda yang terletak di tingkat 2, bangunan Safwah Tower.

Jemaah bebas untuk Makan Tengahari dan Makan Malam mengikut kesesuaian masa jemaah dan tidak terikat dengan waktu. Di samping itu, jemaah juga bebas memilih menu sajian yang disediakan dan bukan Ajwa Travel yang tentukan.

Lobi SafwahRuang Makan di Restoran D’Saji

Selepas memilih menu makanan, jemaah hanya perlu memberitahu di Kaunter bahawa ia jemaah Ajwa Travel dan jemaah tidak perlu membayar. Semua kos makanan ditanggung sepenuhnya oleh Ajwa Travel.

 

Harga Pakej Idaman 1

Sebilik berempat – RM 8580/seorang

Sebilik bertiga – RM 9280/seorang

Sebilik berdua – RM 10180/seorang

 

 

PAKEJ IDAMAN 2

Perbezaan antara Pakej Idaman 1 dan 2 ialah Hotel Penginapan di Makkah sedangkan yang lain sama sahaja. 

Hotel untuk Pakej Idaman 2 ialah Hotel Anjum yang terletak di Jabal Kaabah. Hotel ini baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2014 yang lalu.

Pakej Umrah Idaman 2 menggunakan penerbangan Saudi Airlines dan/atau penerbangan MAS Charter Airbus A380. Penerbangan ini merupakan penerbangan terus dari KLIA ke Jeddah dan balik dari Madinah atau KLIA ke Madinah dan balik dari Jeddah ke KLIA.

Hotel Anjum, Makkah

Picture13

Lokasi Hotel Anjum dari Masjidil Haram

Kedudukan Hotel Anjum di kawasan baru Masjidil Haram amat memberi kelebihan untuk jemaah masuk ke dalam Masjid. Jemaah yang datang dari arah Hotel Anjum tidak perlu risau mendapatkan tempatnya di dalam Masjidil Haram. Ini kerana jemaah santai berjalan kaki ke Masjidil Haram tanpa mengalami kesesakan di dataran Masjidil Haram seperti yang berlaku di kawasan hadapan Zamzam Tower.

Dan yang baiknya, Pintu Masjidil Haram di kawasan arah Hotel Anjum tidak pernah ditutup berbanding kawasan lain ketika waktu nak dekat Solat Berjemaah mahu didirikan.

Picture14

Lokasi Hotel Anjum dari Masjidil Haram

Perkarangan Hotel Anjum

Picture15

Perkarangan Hotel Anjum

Perkarangan Hotel Anjum yang amat luas memudahkan Program Ziarah diadakan. Ini kerana Hotel Anjum menyediakan tempat Parkir bagi Bas. Maknanya bas boleh menunggu semua jemaah sedia untuk dibawa Ziarah.

Berbeza dengan Hotel bertaraf bintang yang lain, di mana kita kena pastikan semua jemaah sudah sedia, baru boleh panggil Bas datang kerana bas tidak boleh parkir lama di tempat yang berkenaan. Masalah ini tidak berlaku di Hotel Anjum.

Picture16

Perkarangan luar Hotel Anjum

Ruang legar dan lobi Anjum

Ianya amat luas dan amat selesa untuk jemaah. Jemaah tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan lif kerana Hotel Anjum mempunyai lebih dari 30 lif di dalam bangunan. 

Picture17

Ruang Legar Hotel Anjum

Picture18

Ruang Legar Hotel Anjum(2)

Makanan di Hotel Anjum

Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Anjum. Sajian menu makanan di Hotel Anjum amat lazat dan mengikut citarasa jemaah Malaysia dan Asia Tenggara. Ini kerana Tukang Masak atau Chef untuk jemaah dari Asia Tenggara di Hotel Anjum didatangkan dari Malaysia dan Indonesia.

Picture19

Ruang makan Hotel Anjum

Waktu Makan yang panjang

Sarapan pagi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi. Masa yang panjang ini membolehkan jemaah lama beribadah di Masjidil Haram dan tidak perlu risau dengan masalah kehabisan juadah makanan seperti yang sering berlaku di Hotel bertaraf ekonomi.

Waktu makan tengahari pula dari jam 12 tengahari hingga jam 2.30 petang. Manakala makan Malam dari jam 7 malam hingga jam 10 malam.

Bilik Penginapan

Hotel Anjum menawarkan bilik penginapan jenis sebilik berdua, sebilik bertiga dan sebilik berempat. “Room services” Hotel Anjum adalah yang terbaik mengikut pengalaman saya di Makkah.

Setiap hari bilik penginapan akan dikemas oleh petugas Hotel. Dan juga jemaah boleh mendapatkan bekalan air mineral, teh, kopi, gula dan creamer atau tuala mandi yang baru.

Picture36

Pemandangan bilik di Hotel Anjum

Harga Pakej Idaman 2

Sebilik berempat – RM 7980/seorang

Sebilik bertiga – RM 8480/seorang

Sebilik berdua – RM 9280/seorang

Hotel Di Madinah

Picture23

 

 

Hotel Penginapan untuk Pakej Idaman 1 dan Idaman 2 ialah Hotel Saha yang bertaraf Ekonomi terletak di belakang Masjid Nabawi dan bersebelahan dengan Hotel Al-Haram pada jarak 100 meter

Jemaah makan 3 kali sehari dengan sajian menu dari Fatani Catering
Picture39

Pemandangan bilik di Hotel Saha, Madinah

 

Harga Pakej Idaman 2

Sebilik berempat – RM 7980/seorang

Sebilik bertiga – RM 8480/seorang

Sebilik berdua – RM 9280/seorang

PAKEJ EKONOMI

Pakej Ekonomi Ajwa ialah pakej yang menawarkan hotel penginapan bertaraf Ekonomi pada jarak sekitar 200-300 meter ke Masjidil Haram di Makkah. Jika mahu yang lebih dekat, maka jemaah harus mengambil Pakej Idaman kerana hotel yang dekat dengan Masjidil Haram ialah hotel yang bertaraf bintang sahaja. 

Untuk musim Umrah Disember 2016, Ajwa Travel bercadang untuk mengambil Flight Saudi atau MH Charter sama seperti Pakej Idaman 1 dan 2.

Sektor penerbangannya ialah KUL/Madinah & Jeddah/KUL dan juga KUL/Jeddah & Madinah/KUL. Saya percaya sektor sebegini disukai oleh ramai jemaah.

Tempat duduk di dalam Kapal Terbang Air Asia X mempunyai 9 seat dalam satu baris atau 3 seat pada setiap bahagian dan mempunyai 2 lorong laluan jalan kaki.

Keluasan “seat” juga lebih kurang sama seperti penerbangan yang lain. 

 

Cadangan Hotel Penginapan di Makkah

Picture38

Picture32

Jarak Hotel ke Masjidil Haram

Harga Pakej Ekonomi

Sebilik berempat – RM 6580/seorang

sebilik bertiga – RM 6980/seorang

Sebilik berdua – RM 7580/seorang

Barangan Hadiah

Picture34

 

1.Beg Troly Ajwa

2.Beg Sandang Ajwa

3.Buku Panduan Umrah

4.Uncang Kasut

5.T’shirt Ajwa (lelaki)

6.Telekung Ajwa (wanita)

7.Air Zamzam (5 liter) 

 

KURSUS UMRAH DIBERI PERCUMA

 

 

 

 

Pendaftaran dan Pertanyaan

Sila hubungi :-

Hj Iqbal Safwan – 019-350 5395 & 018-224 2611

Hjh Norhayati Yusoff – 019-341 8822

Fatin Kamili – 019-339 0156

Ajwa Travel – 03-3342 3395